Umar ke Brainybunch Islamic Montessori
Umar sekarang ni dah happy pagi-pagi mandi dan bersiap nak pergi ke sekolah.. bukan sekolah darjah satu, tapi ke montessori yang namanya Brainy Bunch Islamic Montessori.
Tengok dia punya kaedah pengajaran kepada kanak-kanak menggunakan kaedah montessori agak menyakinkan demi masa depan Umar samada duniawi mahupun ukhrawi.
InsyaAllah dengan niat kita yang jujur dan ikhlas demi kejayaan anak-anak duaniawi dan uhkrawi, ibu dan papa umar yakin inilah tempat yang terbaik buat masa sekarang.
Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Go, Go Umar!
Sedikit info Montessori.
Umar sekarang ni dah happy pagi-pagi mandi dan bersiap nak pergi ke sekolah.. bukan sekolah darjah satu, tapi ke montessori yang namanya Brainy Bunch Islamic Montessori.
Tengok dia punya kaedah pengajaran kepada kanak-kanak menggunakan kaedah montessori agak menyakinkan demi masa depan Umar samada duniawi mahupun ukhrawi.
InsyaAllah dengan niat kita yang jujur dan ikhlas demi kejayaan anak-anak duaniawi dan uhkrawi, ibu dan papa umar yakin inilah tempat yang terbaik buat masa sekarang.
Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Go, Go Umar!
Sedikit info Montessori.
Nama ini mewakili hasil kerja Dr. Maria Montessori, doktor perubatan wanita pertama di Itali.
Kini namanya dikaitkan dengan hasil kerja beliau dalam bidang pendidikan.
Dr. Montessori sedar hukum semula jadi yang menggerakkan kanak-kanak muda yang diberi persekitaran merangsang dan teratur, dengan spontan akan merubah kelakuan biasa daripada individu yang tidak memberi perhatian dan tidak menentu kelakuannya menjadi individu yang mempunyai disiplin diri bersandarkan pada realiti dan hidup secara harmoni dengan orang lain.
Perubahan ini dipanggil Dr. Montessori sebagai normalisation atau proses normalisasi, kerana ia menjelmakan diri sebenar seorang kanak-kanak.
Apa yang ditekankan dalam Montessori supaya membiarkan kanak-kanak berkembang dan tumbuh dengan sendiri mengikut dua prinsip, pertama kreativiti spontan dan satu lagi perkembangan menyeluruh.
Kreativiti spontan merujuk kepada inisiatif kreatif semulajadi manusia khasnya kanak-kanak tanpa diberitahu apa dan bila kegiatan itu perlu dilakukan. Misalnya mereka selalu bertindak dalam corak yang sama seperti menaiki tangga dan mereka tidak akan berhenti selagi tidak puas.
Kegiatan spontan yang berulang-ulang boleh menyumbang kepada perkembangan mereka dengan memperoleh serta menghalusi kemahiran baru yang kemudian membina keyakinan diri, katanya.
Selain itu, kanak-kanak seronok mengendalikan objek konkrit dalam hidup seperti memakai butang baju, menuang air dalam cawan dan membuka pintu. Melakukan tugas-tugas biasa seperti ini, membolehkan kanak-kanak mengasah kemahiran hidup lebih praktikal iaitu kemahiran asas yang diperlukan untuk menjaga diri sendiri.
Pendekatan Montessori membantu kanak-kanak memenuhi keinginan semula jadi mereka untuk menyempurnakan diri dengan memudahkan usaha menuju perkembangan menyeluruh.
Lantaran itu di prasekolah Montessori, kami tidak menekankan abjad atau huruf kepada kanak-kanak semata-mata dengan isyarat mereka boleh membaca dan mengira dengan tepat dalam jangka masa pendek.
Menurut ibu kepada dua anak ini lagi, kanak-kanak gemar kepada bahan dan kegiatan melatih deria. Dengan cara melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasa sesuatu mereka belajar membezakan dan merumus ciri dan bilangan sesuatu benda.
Lantaran itu, kita perlu memahami setiap manusia mempunyai jiwa yang merupakan semangat, roh dan minda yang wujud melalui moral dan intelektual seseorang. Psikologi, adalah perkataan yang paling hampir dengannya.
INFO MONTESSORI
* TEORI utama Montessori ialah minda yang menyerap, jangka masa peka dan proses normalisasi.
* MINDA yang menyerap umpama sekeping span kering yang menyerap pemandangan, bunyi-
bunyian, bau-bauan, rasa dan sentuhan rasa
persekitaran.
* MENEKANKAN aspek penggunaan deria seperti melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai sesuatu dengan lidah memegang.
KISAHNYA
Saya masih ingat suatu pagi ketika saya terjumpa sebutir kelongsong di kulit kayu sebatang pohon, seekor kupu-kupu sedang membuat lubang pada kelongsong tersebut, bersiap sedia untuk keluar.
Saya masih ingat suatu pagi ketika saya terjumpa sebutir kelongsong di kulit kayu sebatang pohon, seekor kupu-kupu sedang membuat lubang pada kelongsong tersebut, bersiap sedia untuk keluar.
Saya menunggu seketika, tetapi ia mengambil masa yang begitu lama untuk muncul dan saya pun hilang sabar.
Saya membongkok dengan menghembuskan nafas ke atas kelongsong itu untuk memanaskannya. Saya memanaskannya secepat mungkin dan keajaiban mula menjelma di depan mata dengan begitu pantas sekali.
Kelongsong itu terbuka, kupu-kupu itu pun merangkak keluar perlahan-lahan dan tidak akan saya lupa kengerian apabila melihat sayapnya terlipat ke belakang dan renyuk, kupu-kupu malang itu menggigil-gigil mencuba sedaya upaya untuk membuka sayapnya.
Saya membongkok sekali lagi dan cuba menolong dengan nafas saya, sia-sia sahaja. Ia perlu menetas perlahan-lahan di bawah cahaya matahari. Kini sudah terlambat.
Nafas saya telah memaksa rama-rama tersebut untuk keluar, dengan sayap yang renyuk, sebelum tiba masanya. Ia telah berusaha tetapi kecewa, dan beberapa saat kemudian, mati di tapak tangan saya.
Saya percaya badan kecil itulah yang paling membebankan sanubari saya. Saya menyedari sekarang bahawa ia suatu dosa besar untuk menentang hukum-hukum alam semula jadi yang agung. Kita tidak harus tergesa-gesa, tidak harus kurang sabar, tetapi seharusnya, dengan yakin, mematuhi ritma yang abadi semula jadi.
(Petikan dari Panduan Keibubapaan Bestari Times, Mengapa Montessori oleh Aisha Z. Abdullah diambil daripada cerita Zorba the Greek oleh Nikos Kazantzakis dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Cald Wildman)
Kisah di atas amat menyentuh hati dan menjelaskan dengan terang tentang bagaimana kerakusan manusia yang melawan kehendak ritma alam menyebabkan kupu-kupu yang baru ingin melihat dunia maut di telapak tangan.
Walaupun niat asalnya mulia, mempercepatkan proses penetasan, namun bukan semua perkara boleh disegerakan atau melanggar prosedur yang telah ditetapkan oleh hukum alam.
Diterjemahkah kepada kehidupan yang nyata, kupu-kupu itu diibaratkan kanak-kanak yang secara semulajadinya membesar mengikut proses semulajadi.