BB

.

Sunday 29 June 2014

KENYATAAN AKHBAR UMARKASHAH HOMESTAY SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN 1435 H/2014 M


KENYATAAN AKHBAR UMARKASHAH HOMESTAY  SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN 1435 H/2014 M

Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan segala alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya, Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi diberi peluang meneruskan tugas sebagai hamba Allah untuk melaksanakan amalan kebaikan di muka bumi ini. Semoga dengan apa yang dilaksanakan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini akan mendapat keberkatan dan keredaanNya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, UmarKashah Homestay mengadakan satu Program untuk meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang dinamakan Program Ihya Ramadhan. Program Ihya’ Ramadhan yang membawa maksud “menghidupkan Ramadhan” yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan, Objektifnya adalah untuk menggalakkan warga internet supaya merebut peluang untuk mempertingkatkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan secara konsisten (Istiqamah) dan berdisiplin.

Seperti mana yang kita sudah ketahui, bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan. Selain itu, bulan Ramadhan juga dinamakan Al-Mubarak yang bermaksud bulan yang penuh dengan keberkatan di mana semua umat Islam diberi peluang untuk melipat gandakan pahala dengan menunaikan amalan-amalan wajib dan sunat yang sangat digalakkan melakukannya pada bulan Ramadhan ini.

Antara amalan yang wajib dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini adalah berpuasa dan membayar zakat fitrah dan antara amalan sunat yang sangat digalakkan untuk melakukannya ialah solat Trawith, bertadarus / membaca Al-Quran, bersedekah, qiamullail, beriktikaf, memperbanyakkan berdoa, berzikir dan beristigfar. Sepanjang bulan puasa juga kita disarankan untuk menjaga lidah, mengurangkan kata-kata dan menjauhi sifat dusta. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mula berpuasa maka janganlah dia melakukan Rafath (Perkara-perkara yang membangkitkan nafsu) dan janganlah dia bergaduh, sekiranya seseorang mencaci atau memusuhinya maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa! Sesunggungnya aku berpuasa! [HR: Muslim]

Sejajar dengan itu semua warga internet adalah dialu-alukan untuk menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana institusi atau masjid surau sepanjang bulan Ramadhan ini seperti Solah Tarawith Berjemaah, Tadarus Al-Quran, Moreh Ramadhan, Bersedekah dan sebagainya.

Walaupun pada waktu siang kita berpuasa dan masa kita diisi dengan belajar, bekerja dan malamnya diisi dengan pelbagai amalan sunat seperti solat sunat terawith,  Nabi Muhammad S.A.W menyebut tiga doa yang tidak ditolak antaranya ialah orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. [ HR:At-Tirmizi]

Akhir kata, saya mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa Ramadhan Al-Mubarak ini. Semoga segala amal ibadah dan jariah yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini akan diterima dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.


Sekian, Wabillah…

Monday 2 June 2014

HOMESTAY UMARKASHAH DI JERTEH, BESUT, TERENGGANU

HOMESTAY UMARKASHAH DI JERTEH, BESUT, TERENGGANU AKAN DI BUKA!!


NANTIKAN PERKHIDMATAN PENYEDIAAN PENGINAPAN TERBAIK DI JERTEH, BESUT, TERENGGANU.

ALAMI PERCUTIAN SUASANA KAMPUNG BERHADAPAN SAWAH PADI BENDANG HIJAU TERBENTANG LUAS


MASJID HADHARI JERTEH
 PANTAI BUKIT KLUANG
 LATA TEMBAKAH
PULAU PERHENTIAN

http://www.facebook.com/homestaytemerloh

http://www.facebook.com/homestaytemerloh
http://www.facebook.com/homestaytemerloh